Monday, August 31
PENIAGA ENTERPRISE SUSAH NAK BUAT LOAN? BETUL KE
Wednesday, April 15
BAGAIMANA NAK MENENTUKAN PERBELANJAAN SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
keupayaan seseorang untuk terus bertahan X bilangan hari ke hadapan
Thursday, October 31
Bersediakah anda? Ini Yang Patut kita Buat Untuk Tabung Persaraan
Dan kita berazam untuk berhenti kerja pada usia 44 tahun.
Ini bermakna kita mempunyai lebih kurang 21 tahun
untuk mengumpul tabung persaraan kita.
Aveage jangka hayat pun sekitar 80 tahun
Itupun kalau kita panjang umur. InsyaAllah...
Andaikata kos sara hidup kita RM1500 sebulan.
ini bermakna pada usia 44 tahun nanti kita perlu
ada tabung persaraan sebanyak
RM1500 x 12 bulan 21 tahun = RM 378, 000
(kiraan kasar ini termasuk kadar inflasi)
jadi dalam tempoh 21 tahun itu, kita perlu menyimpan sekurang-
kurangnya RM700 sebulan. ini kiraan tak termasuk kadar inflasi la cerita dia.
Jadi, bila kita nak start menyimpan?
rm700 atau RM 10 800 setahun?
Jika anda masih belum buat, maka laksanakannya secepat
mungkin.
Disiplinkan diri.
Bersiap sedia untuk bekerja semula pada usia 44tahun.
hehe..
Harap anda mendapat tips 1 minit.
regards,
RunnerSofie.
Wednesday, September 14
Apa Hebatnya Dengan sedekah
Kali ni saya nak share 1 kehebatan sedekah.. Ramai orang fikir, DAH KAYA BARU NAK SEDEKAH. Well... You are wrong!
Yang sebenar-benarnya, sedekah ni mendekatkan kita pada allah juga kerana kita sering mensyukuri nikmatnya. Saya bukannya nak cerita bab-bab agama tetapi yang saya nak kongsi dengan korang semua adalah pengalaman saya sendiri.
Saya ceritakan waktu tu saya berada di Ampang. Kebetulan adik saya minta saya duit belanja. Buka je dompet tengok-tengok duit tak berapa nak banyak. Tinggal rm100 something... Memang saya rasa berat hati sangat nak beri kepada adik. Kebetulan kami berjalan je Ampang Point nak mencari serbuk cake, then semasa lintas satu jalan tu saya ternampak seorang wanita bersama dengan anak lelakinya. I guess itu dalam lingkungan umur 4-5tahun..menangis merengek-rengek. Kesian saya tengok. Mungkin dia nak menyusu agaknya.
Wanita itu saya lihat wajahnya cengkung tubuhnya kurus keding. Dalam hati terdetik "anaknya nagis nie... Nak susu agaknya tak dapat-dapat" , detak hati saya.
Sekembalinya saya dan adik ke tempat parking, saya bertanya lagi pada adik. "die... Kau ada rm5 tak?"
"takda... Rm10 ade la. Tapi lepas aku bagi kau aku dah takde duit... ", jawab adikku.
Jawap ku," tak apalah die.... "
Adik gertak lagi," untuk apa tu...? "
Saya jawab," ada la..... Kau tengok je nanti. "
Saya geledah senyap2 beg saya tu,, rupa-rupanya ada terselit duit merah rm10 sekeping.. Rasa berat hati juga nak beri pada wanita daif tu... Walaupon poket aku dah mula kering.... Sebab nak jalan jauh ke kuching..
Fikir punya fikir last2 saya berilah juga.
Selang berapa hari, saya dikejutkan oleh rakan saya yang saya dapat offer job bisnes supply barang. Memang saya tak sangka! Mujurlah.... ALHAMDULILLAH...
P. S:pesanan aku, korang jangan la kedekut sebab bole jadi sedekah pemberian kita tadi membantu meleraikan kesulitan orang tu.....
Thursday, June 23
Bermulanya Perjalanan Aku..
Pejam celik pejam celik tak sangka rupa-rupanya dah lama aku tak buat post baru dalam blog ni. Aku nak ceritalah pengalaman bermulanya perjalanan aku sebagai businesswoman.. Baru-baru ni aku jatuh sakit. Maklumlah.. Bekerja di bumi sarawak tanah borneo sini. Kau faham-faham jela budaya sini macammane kan.. Aku dapat weekend dari menteri pertahanan 5hari. So aku decided untuk beli tiket flight Malindo Air on the spot harga pergi dan balik Kl-Kuching 2ways RM1070.. MEMANG MAHAL GILER BEB. Disebabkan pada masa yang sama aku dah pun transfer rm10k pada 26/4/2016 hari kepada rakan kongsi aku dengan guna maybank2u sahaja, maka kontrak aku masih belum ditandatangani. Pada hari yang sama petang tu juga aku naik flight dan sampai sana jam 2030H. Jam 830 malam la beb.. Hehe. Sampai sana baru aku sign contract..Pening dah ke?
Untuk pengetahuan, aku dapat grab tender gunting rambut di upnm. . Di antara silent bos jelah. Takdelah hebat mana. Cuma aku nak cari rezeki halal je dengan rakan kongsi aku.
Aku rasa bersyukur sangat pada Illahi kerana membuka pintu rezeki aku seluas-luasnya. Tak sangka aku banyak berkenalan dengan orang atas-atas (geng2 sepupu dato' gak). Jadi.. Nak dijadikan cerita. Aku masih menunggu payment. Still menunggu.
Bisnes ni pun ada risikonya. Tak Kira bisnes apa sekalipun,tetap ada risikonya...Bukan selamanya untung sahaja. Tetap juga ada masalah timbul kalau kita tak tanganinya dengan segera. Aku berharap korang pun dapat ikut jejak
macam aku.
2 sifat ni kau kena terapkan dalam diri kau kalau kau nak berjaya dalam apa jua bisnes:
1. Jujur
2. Amanah
Kalau dua benda ni kau boleh jaga dengan baik. Insyaallah orang akan sentiasa follow kau dari belakang/ akan ada orang offer bisnes job besar kau. Aku percaya dengan hati suci yg bersih, orang sentiasa akan menai kira dari pelbagai sudut. Kalau aku ada 2juta ringgit yg orang amanahkan untuk aku pun, aku jaga dengan elok eventhough tangan aku cuma ada rm1. Ingat pesan aku..
P. S: kalau kau tak berani mencuba, kau takkan berjaya atau takkan ada perubahan yg baik untuk akan datang. Walau gagal at least kau 'berani mencuba'
Thursday, December 4
Pendapatan Sampingan Selain Kerja Utama
Rasanya lama dah tak update blog Buat-Duit-Lumayan nie.
Almaklum...Busy sedikit. hehe
Haa....nak tahu kenapa saya busy?
Baru-baru ni saya ada buat bisnes di luar. Menggunakan Online sahaja.
Agak Mudah Sebenarnya.
Contohnya:
Ok...berbalikk kepada bisnes tepi-tepian. Kita perlu ada banyak sumber. Jangan kita
mengharapkan kerja yang utama sahaja. Banyak kerja utama:
-Cikgu
-Askar
-jururawat
-jabatan pertanian.
Adik-adik janganlah pandang rendah kepada mereka yang bekerja kerajaan. Lagipun kemasukan
ke sektor kerajaan sangat susah untuk dimasuki.
Contohnya,
Permohonan ke rekrut Perajurit muda adalah sebanyak plus minus 30,000 permohonan. tapi ATM hanya nakkan 2500- 3000 kemasukan sahaja. Bila dah masuk sana, cap jari 10. Ko jangan tanya la dik.... ahhaha. menangis ko kejap lagi, Biasalah.. nama pun rekrut.
Walaupun gaji nampak kecil tetapi elaun itu..elaun ini..memang ada.
kelebihan anda yang bekerja dalam sektor awam adalah:
- Mudah buat loan- untuk kembangkan bisnes. majukan diri. Bukan kita MENCURI kot...!! kita ikhtiar je bha...
- Senang nak beli rumah...tanah...kereta....
- Pekerjaan yang terjamin..- Yang penting TETAP.
- Boleh kahwin cepat!! hehehe. (admin bujang lagi eh..hahaha)
- Ada slip gaji yang sahih - nampak lagi bersuluh.
Saturday, April 20
Jom Beriklan di Mudah
Tuesday, February 19
Pernah Dengar Tak Produk Ni? - "Teknik Side Income"
lama rasanya tak menulis dalam blog ni. Maklumlah, busy sedikit dengan kerja yang melambak dalam kementerian yang ada.
Ok, berbalik pada tajuk asal. Korang pernah dengar tak Teknik Side Income ni?
Ehemm... Mesti korang tak pernah dengar, bukan...?
Sebenarnya produk ni saya buat khas untuk pelajar Universiti dan juga kolej. Ia leih kepada cara-cara nak cari duit part time sesambil anda melayari internet. Daripada korang main facebook tu seharian je, tak dapat untung apa-apa , lebih baik korang buat duit. Betul tak??
Terpulang dekat korang... Saya dah lama buat duit dekat 3 tahun ni takda sape pun nak marah...
Kalau berminat, komen sahaaj di bawah. Takde Blok2 langsung. Unlimited comments... hehe
Before saya chawww, apa kata korang download dulu buku ni. Mana lah tahu kot2 korang terbuka hati nak miliki ebook ni.
>> Download Rahsia Jana Duit Part Time Untuk Pelajar Kolej / Universiti
Atau terus ke laman webnya www.TeknikSideIncome.weebly.com
Sunday, February 17
Tips 1 Minit - Kerja Part Time
Ramai juga yang telah membina kejayaan dengan hanya bermula sebagai kerja "part time". Mungkin anda kenal beberapa individu yang pernah melakukannya dan mungkin ianya sedang berlaku kepada anda.
Untuk saya pula, saya telah habiskan 3 tahun untuk lakukan bisnes internet secara part time sebelum lakukannya secara full time sekarang.
Pada ketika itu, saya masih bekerja sepenuh masa sebagai "Penjaga Tanah " dengan gaji yang lumayan. Jika tidak disebabkan saya hilang "passion" di dalam kerjaya saya sebelum ini di dalam bidang kejuruteraan, mungkin saya masih lagi lakukan bisnes internet separuh masa.
Dan di antara rumusan yang dapat saya ambil daripada pengalaman saya ini ialah:
1. pilih kerja "part time" yang membuatkan anda suka melakukannya.
Contohnya - Teknik-Side-income.blogspot.com
2. pilih kerja "part time" yang mempunyai potensi untuk memberikan pendapatan "fulltime".
Contohnya - www.SistemJanaDuit.com
3. pilih kerja "part time" yang dapat memberikan satu kemahiran baru yang belum anda perolehi sebelum ini (sesuai untuk anda yang ingin cuba perkara baru).
4. pilih kerja "part time" yang tidak mengganggu kerja "full time" anda.
5. pilih kerja "part time" yang boleh dijadikan "bisnes".
Itu yang saya lakukan dan mungkin juga boleh dijadikan panduan untuk anda. Tapi semuanya ini memerlukan ilmu. Cari ilmu dahulu sebelum anda lakukan sesuatu. Jika tidak, anda akan meraba di dalam kegelapan.
Sehingga jumpa lagi. ikhlas,
Sofeml
PS. kalau anda berminat untuk menjadikan Unifi atau Streamyx anda sebagai "tool" untuk bisnes "residual", ini mungkin satu peluang income "part time" anda.
Thursday, January 10
Tips 1 minit - Personaliti dan kerjaya
Kenalillah Diri Anda |
24 haribulan - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.
Ia merupakan kajian yang dilakukan oleh pakar jiwa, perubatan dan pakar psikologi bagi mendapatkan ketepatan maklumat mengenai personaliti manusia melalui pemilihan warnanya.
Biru muda : Pengasih dan penyayang
Biru tua : Rajin dan penuh dedikasi
Oren : Bersemangat dan komited
Kuning : Ceria dan sentiasa bersangka baik
Hijau : Tenang dan tidak banyak karenah
Merah : Berani dan emosional
Ungu : Kejayaan dan sikap positif
Hitam : Rasmi, serius atau hiba
Coklat : Matang dan bertanggungjawab
Putih : Bersih dan amanah
PENJELASAN TERPERINCI
HITAM
Degil dan berdikari
Semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin.
Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya.
Mewakili perbuatan tidak mengaku kalah.
Menyerah diri hanya pada saat-saat akhir.
Dalam situasi tertentu menunjukkan personaliti yang mempunyai kawalan terhadap diri mengikut imej berkomunikasi.
MERAH
Mendesak, mudah diransang dan lincah.
Mempunyai cita-cita yang tinggi, dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas.
Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik.
Kurang peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan.
Perlu belajar menjadi pendengar yang baik.
Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak atau mencemaskan.
Mempunyai kelebihan yang boleh disalurkan untuk memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu.
Berani dan peramah namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak.
Perlu belajar untuk sabar.
PUTIH
Mempunyai keperibadian yang positif, matang dan optimistik.
Bersih dan amanah.
Gemar menyendiri.
Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.
BIRU LEMBUT
Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif.
Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan.
Teliti dalam teguran.
Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.
Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru.
Ingin suasana selamat dan mendamaikan.
BIRU GELAP
Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi, serta mempunyai perasaan yang mendalam.
Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok dalam membuat pilihan.
Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang.
Mudah terganggu dengan keadaan bising.
Bos yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif serta mudah bersimpati, mudah dipergunakan.
MERAH JAMBU
Bersikap penyayang, menyintai alam semula jadi.
Mudah bersimpati dan memahami.
Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi.
Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain.
Sedikit keanak-anakan.
Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.
OREN
Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain.
Tidak sabar.
Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri.
Bersikap praktikal dan kreatif.
Sangat bertenaga namun mudah gelisah.
Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang.
HIJAU
Berwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain.
Sesuai dengan kehidupan yang damai dan sunyi.
Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain untuk mengubah sikap.
Mudah sensitif, ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata.
KUNING
Penuh minat dan ceria
Aktif dalam jua aktiviti.
Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup.
Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi.
Sentiasa menginginkan dan berharap untuk mencapai kegembiraan.
Idea dan pemikiran tinggi.
Sentiasa baru dan moden dan mengalami perkembangan.
Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.
UNGU
Berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati, mempunyai perasaan yang mendalam, serta bercita-cita tinggi.
Berkeinginan untuk berjaya dalam semua bidang dan ingin melibatkan individu lain bersama.
PERANG
Bersikap jujur, bersifat realistik, sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong.
Sentiasa membelai rasa, menghargai makanan, minuman dan juga rakan yang baik.
Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia sehinggakan sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar.
KELABU
Tersendiri pendekatannya.
Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung untuk tidak merapatkan diri dengan orang lain.
Suka mengasingkan diri.
Selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik.
Saturday, May 21
Bagaimana Pikat Lelaki
Dan disebabkan itulah mereka yang tahu akan kesenian memikat ini tidak pernah hampa atau gagal dalam menjayakan misi mereka itu.
Jadi “ Teknik menawan ” yang saya maksudkan adalah , jika anda ingin tahu cara yang betul dan sesuai untuk menonjolkan diri anda supaya setiap mata yang memandang pada anda akan terus terpegun dan terpesona dan cuba untuk mendekati anda, hanya dengan berpandukan cara memikat yang betul sahaja.
Sedangkan nak belajar memandu pun kena pergi ke sekolah memandu,i nikan pula nak memikat lelaki? Kenalah belajar cara-cara yang betul dahulukan. Betul tak?..
Supaya anda tidak akan membazir masa,tenaga dan yang paling penting sekali adalah wang ringgit anda tidak akan terbang melayang begitu sahaja.
Nasihat saya,jika nak menuntut ilmu carilah guru yang sesuai,tapi kalau nak tahu cara memikat yang betul cari lah buku yang sesuai.Kerana guru/cikgu tidak ada yang mengajar subjek ini.
P.S : Perlu ada tektik ni. Manalah tahu ianya berguna untuk pikat lelaki...
Friday, November 12
5 Tips Mudah Simpan Duit
Anda kenal ini? Ini adalah tabung yang diperbuat daripada buluh.. Kalau dulu masa saya kecil-kecil lagi, saya sangat suka menggunakannya.
Apa yang saya suka tentang tabung buluh ini ialah susah nak pecahkan kecuali menggergajinya sahaja. Jatuh ke lantai pun tidak pecah.
Kalau kita pakai tabung plastik yang selalu budak-budak pakai itu, mungkin boleh pecah. Tetapi saya lebih suka gunakan cara ini. Jimat, mudah dan berkesan..!
Saya kongsikan tips ini untuk simpan duit, ok?
Caranya mudah saja:
2.SIMPAN RM 1 SEHARI. (RM 1 ni anggapla dia sbagai cukai hidup kita dalam sehari)
3.SIMPAN RM 5 SEMINGGU. (Bayarla pada awal minggu ataupun dpenghujung minggu)
4.SIMPAN RM 10 DALAM 2 MINGGU. (Dalam sbulan ada 4 minggu, so kita simpan pada minggu ke 2 dan ke 4)
5.SIMPAN RM 50 DALAM 1 BULAN. (Biasanya kalau kerja gov tu gaji hujung bulan kan? so settle la awal2 cukai hidup ni. Kalau RM 100 pun sbulan lagi cantik ooo,bnyk pulangannya)
Last sekali, cuba anda jumlahkan..? Berapa kita dapat?Ok jumlah kan semua:
P.S: Ni belum masuk lagi duit syiling dan nilai simpanan anda. Contohnya anda menggunakan skala yg lagi besar contoh RM 2 sehari ataupun RM 300 sebulan. Cuba anda kira jika 3 bulan,6 bulan ataupun setahun berapa jumlahnya? Tentu memberangsangkan. Selamat mencuba !
P.P.S: Nak join saya untuk dapat Rm500 Sehari? www.SistemJanaDuit.com
Tuesday, November 9
Bagaimana Lulus Temuduga
Ok, hari ni kita akan cakap pasal bagaimana nak lulus temuduga dengan jayanya...! Ya, Lulus temuduga.
Panduan ini saya kongsikan berdasarkan pengalaman dan boleh digunakan sebagai panduan untuk kerja kerajaan ataupun swasta. Ia dibahagikan kepada 3 peringkat;
-Sebelum,
-Hari Temuduga dan
-5T yang perlu dielakkan.
Sebelum : Ini adalah peringkat paling penting dimana hampir 50% persiapan mesti dilakukan. Kegagalan untuk merancang dengan baik akan menyebabkan anda kecewa dengan hasil temuduga nanti.
1. Cari maklumat !
2. Latih Diri Anda Bercakap
Untuk memastikan kelancaran menjawab soalan, anda perlu berlatih untuk menjawab soalan-soalan yang dirasakan akan ditanya oleh penemuduga. Buat latihan sebanyak mungkin bersama kawan anda dan dapatkan pandangan orang ke 3 mengenai “pencapaian” anda. Perbaiki kelemahan seperti bercakap terlalu perlahan, terlalu laju atau tergagap-gagap. Untuk ujian bertulis, buat latihan penulisan supaya anda dapat menjawab dalam tempoh yang ditetapkan.
3. Pastikan Lokasi , Masa, & Pengangkutan
Ketahui dengan tepat di mana lokasi temuduga. Sebolehnya anda dinasihatkan untuk pergi ke lokasi untuk mengetahui jarak sebenar dengan kediaman dan masa yang diperlukan untuk sampai ke sana. Jika lokasinya di bandar besar, anda perlu mengambilkira faktor lain seperti kesesakan lalulintas, jenis pengangkutan awam yang boleh digunakan dan untuk yang memandu, tempat parking yang berhampiran. Rancang perjalanan anda ke tempat temuduga supaya anda tidak perlu tergesa-gesa pada hari penting itu nanti.
4. Pakai Yang Sesuai
Kenakan pakaian yang sesuai untuk jawatan yang dipohon. Gunakan pakaian yang bersih dan cantik (tak semestinya baru) supaya anda kelihatan lebih menarik.
Jika perlu, pakai tali leher (untuk lelaki) dan seluar panjang serta jaket (untuk perempuan). Gaya rambut juga perlu kemas dan menawan. Untuk lelaki, seeloknya rambut mestilah pendek dan disisir rapi.
5. Bawa Dokumen Penting Dalam Clear Holder
Jangan sekali-kali memalsukan maklumat akademik, ko-kurikulum dan pencapaian anda dengan harapan untuk menarik perhatian syarikat. Jika anda didapati bersalah memalsukan maklumat, ia mungkin akan menjejaskan peluang anda untuk memohon kerja di tempat lain. Anda mestilah jujur dan ikhlas kerana ia adalah sifat-sifat yang dicari oleh semua majikan.
6. Hadirkan Diri pada Temuduga. (Tak dapat tak apa..)
7. Rehat
Pada Hari Temuduga
1. Siapkan Diri
2. Datang Awal
Semasa Temuduga
1. Tenang Diri
2. Suara Biar Jelas
3. Bahasa
4. Eye Contact, Facial Expression & Body Language
Jika penemuduga mengerutkan dahi, itu mungkin menunjukkan yang dia tidak memahami apa yang anda katakan. Beri penerangan lanjut dengan menggunakan senario lain dan contoh yang bersesuaian. Anda mungkin berhadapan dengan penemuduga yang sinis tetapi elakkan dari bertengkar dengan cara yang tidak wajar.
5. Promosi Diri - Beritahu Kelebihan Anda
Walaupun soalan ini nampak mudah, jangan sesekali mengambil mudah dan menjawab dengan sambil lewa. Anda perlu tunjukkan bahawa anda mempunyai sifat-sifat menarik untuk dikongsi. Seeloknya dalam semua jawapan anda, kaitkan dengan kebolehan dan kelebihan yang anda miliki untuk meyakinkan penemuduga bahawa andalah calon yang dicari.
6. Jangan Mengkritik
7. Ketahui Maksud Di Sebalik Soalan (Fahamkan maksud dia)
Contohnya jika soalannya
sebenarnya mereka ingin mengetahui tentang pengetahuan, komitmen dan tahap motivasi anda dalam melaksanakan sesuatu tugas. Jika soalannya berbunyi, “Di mana anda lihat diri anda 5 tahun dari sekarang”, ini menunjukkan yang mereka ingin melihat samada anda seorang yang mempunyai perancangan masa depan dan bercita-cita tinggi. Jadi jawablah dengan bijak.
8. Bertanya Soalan
Walaupun anda sedang ditemuduga, ini tidak bermakna anda tidak boleh bertanya soalan. Tanyalah soalan yang sesuai mengenai jawatan, bidang kerja dan faedah yang ditawarkan oleh bakal majikan.
Ini juga akan menunjukkan kepada penemuduga yang anda memang berminat dengan syarikat dan tugas yang akan ditawarkan. Jika tiada ruang untuk bertanya (selalunya anda akan diberi peluang bertanya), pastikan anda bertanya mengenai bagaimana untuk anda menyemak samada anda berjaya atau tidak di dalam temuduga tersebut.
5 Kesilapan Besar Di Dalam Temuduga (5T)
1. Terlalu Menekankan Tentang Duit (Gaji)
Elakkan bertanya terlalu banyak mengenai gaji kerana anda tidak mahu dicop sebagai mata duitan. Ketahui range gaji bagi jawatan yang di pohon dan nyatakan gaji yang anda inginkan di dalam range tersebut apabila ditanya.
2. Tidak Bertanya Mengenai Jawatan
Jika tiada soalan mengenai jawatan yang ditawarkan, itu bermakna anda tidak berminat. Maka syarikat juga tidak berminat dengan anda.
3. Teknik Komunikasi Yang Lemah
Tidak dinafikan temuduga membuat anda gemuruh, tetapi jangan biarkan ia menguasai anda hingga menyebabkan komunikasi anda terganggu. Jangan gopoh semasa menjawab sebaliknya jawab dengan perlahan tetapi jelas. Pastikan sebutan dan tatabahasa dijaga semasa menjawab.
4. Tiada Perancangan Kerjaya
“Gagal Merancang, Merancang Kegagalan”.
5. Tidak Sopan
Wednesday, September 1
6 Tips Cara Jimatkan Elektrik
1. Bersihkan penghawa dingin anda secara berkala dan tentukan
saiz penghawa dingin sesuai dengan keluasan ruang tersebut.
2. Tutup lampu dan kipas jika tidak digunakan. Banyakkan menanam
pokok-pokok teduhan untuk mengurangkan bahang kepanasan
di dalam rumah.
3. Jangan penuhkan peti sejuk anda dengan makanan sehingga
melebihi kapasiti yang ditetapkan. Jika tidak, udara sejuk
sukar untuk mengalir bebas dan menyebabkan penggunaan
tenaga yang berlebihan.
4. Jika cuaca tidak panas, gunakan kipas sahajadan elakkan
dari menggunakan penghawa dingin.
5. Tutup periuk atau kuali ketika memasak bagi mengurangkan
masa memasak. Atau dalam erti kata lain, masa memasak
anda lebih cepat!
6. Gunakan pemanas air sewaktu mandi dalam
keadaan tertentu sahaja. Lebih baik gunakan shower
kerana ia lebih jimat berbanding berendam dalam
tab mandi.
P/s: Pastikan anda dapatkan ebook percuma di www.SistemJanaDuit.com
Formula Buat Duit
Ketahui Bagaimana Menjana RM150 Sehari dengan Teknik saya ini & anda juga boleh ikut macam saya!!
Friday, August 20
Banyak Betul Temuduga Sekarang ni
Apalah yang best sangat cerita tentang kerajaan ni. Berbaloi ke?
Saya blog walking ke blog lain. saya pergi pak google. Cari tentang jawatan kosong.
Manalah tahu ada cabang-cabang yang boleh bantu saya yang dah nak habis
belajar ni. Cewahh...! Mentang-mentanglah ambil civil engineering, dapat
mohon penolong jurutera pun jadilah..
malaysia yang lain. Tapi modal masih tak cukup lagi, masa pun tak cukup.
Mungkin ada yang kata semua orang diberi 24 jam sehari, tapi biarlah saya s
empurnakan mana yang lebih utama lagi.
Kalau fikirkan semula, kerja kerajaan tak dapat nak jadi kaya-raya. Manakala
kalau kerja swasta pula, boleh buka company sendiri. Bukankah lebih elok macam ni?hehe.
Tapi kadangkala sedih juga, sebab saya tak tahu cara nak pergi temuduga
kerja kerajaan tu. Mungkin ada yang dapat memberi komen atau pendapat
masing-masing di blog ini.
P.S : Aku rasa setakat ni dulu. mata pun dah ngantuk sangat. Besok belajar
Advanced Structural Analysis and Design. Bernombor-nombor mata aku lepas ni.
Formula Buat Duit
Ketahui Bagaimana Menjana RM150 Sehari dengan
Teknik saya ini & anda juga boleh ikut macam saya!!
Saturday, August 7
3 Sebab Kenapa Perniagaan Milik Tunggal Dan Sdn. Bhd Bukan Senang Untuk Dijalankan
akhir tahun 2006, secara kecil-kecilan sahaja.
Satu tempoh masa yang lama. Tetapi, inilah apa yang saya
lakukan sekarang..
Perniagaan offline, saya maksudkan perniagaan yang
melibatkan pejabat atau kedai fizikal dan produk
atau perkhidmatan.
Seronok dan kepuasan perniagaan offline, berbeza
dengan perniagaan online.
Terus terang saya katakan, perbezaan antara perniagaan
offline dan online amat ketara.
Pertama, dari segi tenaga kerja.
Perniagaan online boleh diuruskan oleh anda
seorang sahaja, tetapi
perniagaan offline, memerlukan 2 atau lebih pekerja.
(terpaksa juga bayar gaji pekerja)
Dan percayalah cakap saya, menguruskan pekerja dengan
pelbagai 'peel' dan perangai bukannya senang.
Kedua, tempoh masa bekerja.
Jika jalankan perniagaan online, anda bebas tentukan masa
bekerja kerana anda bekerja seorang sahaja,
sebaliknya, perniagaan offline pula, anda perlu
bekerja antara 8 hingga 12 jam.
Penat ooo...
Sebab ketiga, kenapa Perniagaan Milik Tunggal atau Sdn.Bhd
Bukan Senang Untuk Dijalankan adalah kerana modal.
Perniagaan online memerlukan modal RM0 atau hampir tiada
modal dan mungkin hingga beberapa ratus sahaja. Manakala
perniagaan offline memerlukan minimum RM10,000.Kalau
nak buka STOKIS COSWAY pun perlu minimum RM10K.
Percayalah cakap saya, RM10,000 belum tentu cukup
untuk anda bayar muka deposit sewa, andaikata anda menyewa
lot kedai, deposit utiliti, dan lain-lain.
Lebih-lebih lagi untuk pengubahsuaian ruang kedai.
Sekarang, persoalannya jika anda bekas
graduan universiti, dimana hendak mendapatkan modal
yang banyak.
Jadi, kaedah paling mudah adalah,bina blog percuma anda, dan
sign up mana-mana program affiliate. Ingat, program affiliate
adalah percuma. Tidak dikenakan bayaran
p/s: Saya buat side income dapat RM300 dengan blogspot sahaja.
Nak tahu rahsianya? Terus ke sini :
--> www.SistemJanaDuit.com
Thursday, July 29
Buat Duit Dengan Kuasa Facebook?
Saya bukan seorang IM yang PRO. Untuk jana pendapatan melalui aplikasi di Facebook memang sukar. Yalah, langkah pertama sahaja sudah cukup untuk memeningkan anda.
Tetapi.. di panduan ini pula lain sedikit caranya. Untuk reka aplikasi anda perlu ada idea yang bernas. Bukan sebarangan idea boleh anda tonjolkan. Idea anda perlulah unik dan menarik. Kalau setakat idea cikai, memang tidak kemana aplikasi anda.
Jikalau idea anda mantap, anda masih perlukan promosi berkesan untuk aplikasi anda itu. Tanpa promosi yang berkesan, aplikasi anda mungkin tidak akan menerima sambutan. Tiada sambutan tiada duit. Jika aplikasi anda mendapat sambutan, anda akan mengalami masalah jika anda tidak tahu bagaimana hendak jana wang darinya.
Jika untuk melihat lebih dekat, lihat pada pautan yang saya berikan
>> Dapatkan Kuasa Aplikasi FB di sini.
P.s: Kaedah mudah sahaja, ramai pengguna blogspot menggunakan kaedah ini.